Tuesday, March 15, 2011

Pelbagai Bentuk Produk Gaharu

Antara bentuk produk gaharu yang diperdagangkan ialah :
  • Bahagian tunggul dan dahan kayu (Trunks and Branches).  
Inilah bahagian yang paling besar dari pokok gaharu berukuran 1-2 meter dan beratnya melebihi 10-20 kilogram.Harganya relatif mahal dan kos pengangkutan yang tinggi.Kebanyakan tunggul atau pangkal pokok datang dari Indonesia.
  • Bongkah atau kepingan kayu gaharu beresin (Resinous Wood).
Produk ini dibakar untuk untuk mengharumkan rumah,tempat ibadat,pakaian dan tubuh badan.Ini adalah produk gaharu yang paling dikehendaki oleh pengguna khasnya pengguna dari Timur Tengah.
  • Kayu racik dan kayu racik nipis (Chips and Flakes).
10-20% dari bahagian pokok gaharu dijadikan kayu racik manakala kayu racik nipis pula digunakan untuk menghasilkan minyak gaharu melalui proses penyulingan.
  • Serbuk dan abu (Powder and dust).
Ianya adalah bahan buangan dari proses penyulingan dan ia digunakan sebagai salah satu bahan di dalam pembuatan setanggi (incense) dan colok.
  • Minyak Gaharu (Agarwood Oil).
Hasil perahan kayu racik,kayu racik nipis dan kayu gaharu yang dilumatkan menjadi serbuk melalui proses penyulingan.
  • Pelbagai wangian (Incense and Perfume).
Penghasilannya menggunakan pelbagai ramuan termasuklah minyak gaharu dan lain-lain produk serta derivatif gaharu.

No comments:

Post a Comment