Saturday, March 26, 2011

Ingin Menjadi Pengusaha Gaharu?

Kami sedia membantu para pengusaha didalam segala pengurusan penanaman gaharu seawal dari pemilihan tanah, pengukuran jarak, cara penanaman dan juga baja yang sesuai digunakan untuk mengalakkan pertumbuhan anak pokok gaharu.




Anda sedia maklum pokok gaharu boleh ditanam dan disuntik dengan teknologi inokulan yang pantas untuk mengeluarkan hasil. Beberapa spesis boleh ditanam antaranya Aquilaria Crassna, Aquilaria Malaccensis dan Aquilaria Hilata.Kayu gaharu juga adalah tumbuhan yang termahal di dunia.


BENARKAH DENGAN MENANAM GAHARU BOLEH MENJADI JUTAWAN??


Gred /Harga


Double super A RM 25,000/k
Super A RM 20,000/kg
A RM 18,000/kg
B RM 15,000/kg
C RM 8,000/kg
D RM 3,000/kg
E RM 1,000/kg
Lain-lain Gred RM 500 – RM 1,000/kg
Gred Kayu untuk Minyak RM 5 – RM 100/kg
Wood Chips RM 20/kg
Minyak Gaharu RM 300 – RM 350/1tola (12gm)
Lain-lain mengikut harga semasa






Penghantaran dibuat diseluruh semenanjung Malaysia.Sila hubungi untuk keterangan lanjut:


Pengarah Urusan G Three Agro. Ent
En. Zainal Abidin Bin Ahmad
013-7395171
012-7790094
Lokasi - Kuala Terengganu
               Kluang, Johor
               Melaka 
               Seremban, Negeri Sembilan.


Pegawai Jualan G Three Agro Ent.
En. Muhammad Alif Haikal Bin Zainal Abidin
013-7578239
Lokasi - Kluang, Johor.
               Tangkak, Johor.


Pegawai Jualan G Three Agro. Ent
En. Zulkarnain Bin Zainal Abdin
017-7728615
Lokasi - Johor Bahru, Johor.
               Kluang, Johor.
               Kulai, Johor.

Tuesday, March 15, 2011

Pelbagai Bentuk Produk Gaharu

Antara bentuk produk gaharu yang diperdagangkan ialah :
  • Bahagian tunggul dan dahan kayu (Trunks and Branches).  
Inilah bahagian yang paling besar dari pokok gaharu berukuran 1-2 meter dan beratnya melebihi 10-20 kilogram.Harganya relatif mahal dan kos pengangkutan yang tinggi.Kebanyakan tunggul atau pangkal pokok datang dari Indonesia.
  • Bongkah atau kepingan kayu gaharu beresin (Resinous Wood).
Produk ini dibakar untuk untuk mengharumkan rumah,tempat ibadat,pakaian dan tubuh badan.Ini adalah produk gaharu yang paling dikehendaki oleh pengguna khasnya pengguna dari Timur Tengah.
  • Kayu racik dan kayu racik nipis (Chips and Flakes).
10-20% dari bahagian pokok gaharu dijadikan kayu racik manakala kayu racik nipis pula digunakan untuk menghasilkan minyak gaharu melalui proses penyulingan.
  • Serbuk dan abu (Powder and dust).
Ianya adalah bahan buangan dari proses penyulingan dan ia digunakan sebagai salah satu bahan di dalam pembuatan setanggi (incense) dan colok.
  • Minyak Gaharu (Agarwood Oil).
Hasil perahan kayu racik,kayu racik nipis dan kayu gaharu yang dilumatkan menjadi serbuk melalui proses penyulingan.
  • Pelbagai wangian (Incense and Perfume).
Penghasilannya menggunakan pelbagai ramuan termasuklah minyak gaharu dan lain-lain produk serta derivatif gaharu.