Wednesday, February 23, 2011

Salam....
Pernah dengar perkatan GAHARU?..AGARWOOD?..OUD?..
Berminat dalam bidang pertanian yang MENDATANGKAN KEUNTUNGAN BERLIPAT GANDA?...


Kami di G THREE AGRO sedia membantu pihak anda..




Apa itu Gaharu ?
Gaharu adalah sejenis damar yang terbentuk secara semula jadi akibat daripada tindak balas pokok gaharu ke atas serangan fungus/bakteria (penyakit). Pokok yang diserang menyebarkan sejenis minyak berbau bagi melindungi bahagian yang cedera ( sama ada akar, batang, dahan dan sebagainya ) di mana minyak ini lama kelamaan akan menjadi keras ( damar ).


Kegunaan Gaharu
Gaharu digunakan dalam pelbagai cara termasuk perubatan tradisional, artifek-artifek seni dan pati minyak. Gaharu dibakar untuk menghasilkan bau-bauan yang wangi sejak dahulu lagi oleh orang-orang Cina, Arab, India dan Jepun yang mana ia banyak digunakan dalam perayaan-perayaan, adat dan keagamaan.